Hands up, don't shoot
Hands up, don't shoot

Hands up, don't shoot

"Hands up, don't shoot" ("Angkat tangan, jangan tembak") ialah sebuah slogan dan simbol yang digunakan sebagai bentuk bantahan masyarakat tentang penganiayaan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap kaum minoriti, seperti orang berkulit hitam. Tidak sedikit masyarakat yang merasa bahawa isu penganiayaan terhadap kaum minoriti ialah perbuatan yang bertentangan dengan hak asasi manusia bahkan isu ini telah menjadi masalah bersama mengenai permasalahan sistem perundangan yang mengatur mengenai ketidakadilan kaum minoriti.[1]Alasan penggunaan slogan "Hands up, don't shoot" kerana slogan itu sudah termasuk kdalam aksi (kegiatan yang dapat dilakukan). Serta slogan tersebut memiliki pengertian iaitu keprihatinan masyarakat ketika mereka, kaum minoriti, mengangkat tangan mengaku menyerah kepada polis namun masih menerima tindakan kekerasan.[1]Selain itu, slogan ini sangat mudah difahami bagi setiap orang. Serta maksud "Hands up", menurut DeRay Mckesson, ialah untuk memberitahu bahawa mereka, kaum minoriti, tidak bersenjata dan mengingatkan polis tentang ketidakadilan mereka.[1]Banyak masyarakat, baik para penunjuk perasaan, atlet, mahupun kakitangan kongres, yang menggunakan gerakan tersebut di depan umum sebagai solidariti. Bahkan di sebuah restoran Mexico di Brooklyn, terdapat seorang pekerjanya yang mengangkat tangan ketika sembilan pegawai polis memasuki restoran tersebut. Ini dilakukan sebagai bentuk bantahan masyarakat terhadap pihak polis.[1]

Rujukan

WikiPedia: Hands up, don't shoot http://www.justice.gov/sites/default/files/opa/pre... https://apnews.com/9aa32033692547699a3b61da8fd1fc6... https://www.bbc.com/news/world-us-canada-28797288 https://www.bbc.com/news/world-us-canada-30207808 https://www.cnn.com/2015/01/10/us/ferguson-evidenc... https://twitter.com/AntonioFrench/status/498856539... https://www.vox.com/policy-and-politics/2019/8/12/... https://www.washingtonpost.com/news/fact-checker/w... https://www.youtube.com/watch?v=qQeni0qt8Vo